RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN MEMBACA

Matapelajaran : BahasaMelayu
Tahun : 2 Anggerik
Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi
Bilanganmurid : 28 orang
Unit : 10. Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk : Pak SenikInsaf

StandardKandungan :
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukansastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran :
2.6.1 Membacapelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkankelancaran bacaan.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat:
  1. Membaca dengan lancar petikan yang diberidengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
  2. Menyatakan antonim kepada kata adjektif yangdisediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf.


Sistembahasa
Kosa kata :luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.
Tatabahasa : Kataadjektif
Kemahiran bahasa :Kemahiran membaca dan menulis.

Pengisiankurikulum
Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup
Nilai : Murah hati, tolong menolong.

Kemahiranbernilai tambah (KBT)
i) Belajar cara belajar
ii) Kecerdasan pelbagai
a. Interpersonal
b. kemahiran berfikir
c. verbal linguistik

Elemen Merentasi Kurikulum
Kreatifdan Inovatif

Bahanbantu mengajar (BBM)
Tekscerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuansedia ada
Muridpernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.


Langkahpengajaran dan pembelajaran
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat.
1. “Sang Kancil Dengan Harimau.”
2. “Pak Pandir”
3. “Lebai Malang”
Set induksi (5 minit)
- Murid diminta menyatakan tajuk-tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat yang diketahui.
- Guru menyatakan bahawa setiap cerita mempunyai pengajaran tertentu.
BBB : Buku Cerita
Nilai : Keyakinan
KBT : Kemahiran Berfikir
Teks cerita “Pak Senik Insaf”
Penilaian Kemahiran Membaca Mekanis
Langkah 1 (20 minit)
- Murid diedar teks cerita “Pak Senik Insaf”
- Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul.
- Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir.
- Guru mengambil markah untuk tujuan penilaian membaca secara mekanis.
BBB : Teks cerita
Nilai : Berani, tekun.
KBT : KBCB
1. Kata adjektif
2. Perkataan berlawanan.
Langkah 2 (10 minit)
- Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif.
- Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks.
- Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi dalam lembaran kerja.
- Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
BBB : teks cerita, lembaran kerja.
Nilai : kerjasama, berani.
KBT : KBCB, KB, TKP
Keusahawanan:
Etika Kerja Berkumpulan
1. Menyusun urutan cerita.
2. Nilai yang terdapat dalam cerita.

Langkah 3 (10 minit)
- Murid diedar ayat yang tidak tersusun tentang cerita “Pak Senik Insaf”.
- Murid menyusun ayat tersebut secara berpasangan dan membuat kesimpulan tentang cerita tersebut.
- Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun ayat-ayat yang betul mengikut urutan cerita di papan tulis.
- Murid membuat kesimpulan cerita dengan membacakan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut dengan bantuan guru.
BBB : lembaran kerja, kad ayat.
Nilai : berani, tekun.
KBT : KBCB, TKP
Pemulihan dan Pengayaan
Langkah 4 (10 minit)
Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya.
Pengayaan: Mencipta serangkap pantun berkaitan teks dan membacakannya di hadapan kelas

BBB : Kertas Manila
Penutup Kognitif:
Soal jawab
1. Apakah perkara penting yang perlu dikuasai dalam pembacaan mekanis?
1. Apakah kata adjektif yang terdapat dalam cerita?
2. Apakah nilai yang kamu peroleh dalam cerita?
Penutup (5 minit)
- Murid menjawab setiap soalan yang disampaikan oleh guru.
- Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran.
BBB : Kertas sebak
Nilai : tekun.
KBT : TKP, KBCB.

Penilaian: Kemahiran Membaca Teks Prosa Moden SecaraMekanis
Aspek yang dinilai
Skor Markah
1. Kelancaran
/20
2. Sebutan
/15
3. Intonasi
/15
JUMLAH
/50


Posted by Admin On 2:13 AM No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Labels

    Blogger news

    Blogroll




    About